Saturday, 28 January 2017

Selfie Hati ?



Assalamualaikum :)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih berpijak di bumi yang nyata.

Sepertimana anak seni yang lain, saya juga meminati seni. Saya sentiasa cuba berseni dalam menulis. ya, saya gemar menulis. Hanyasanya belum terbuka hati lagi untuk menulis dalam blog kerana tidak bersedia untuk penulisan saya dibaca oleh umum. Namun akhirnya dengan izin Allah saya dipertemukan dengan seorang tokoh yang sangat saya sanjungi. Berbekalkan motivasi daripada beliau maka wujudlah blog ini. semoga Allah mengurniakan kebahagiaan kepada beliau dunia dan akhirat. ameen

Kenapa Selfie Hati?

Dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba, adakah kita pernah memikirkan 'status' hati kita? Adakah ia berada dalam keadaan baik? Atau dalam bahasa kasarnya, adakah ia sekarang hidup atau mati?

Bagaimana hati yang dikatakan hidup dan bagaimana pula bentuk hati yang telah mati?

Mari kita renungkan ayat Al- Quran dan Hadis berkenaan hati ini.

Dalam Surah Al- Hajj, ayat 46 Allah ada berfirman,

A046

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Manakala dalam hadis pula ada menyebut bahawasanya,

Dari An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung).”(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).
Hati yang hidup itu ia sentiasa mengurniakan kejernihan fikrah seterusnya membuahkan amal yang baik, manakala hati yang mati itu ialah apabila ia tertutup untuk menerima kebaikan. Semoga kita dijauhkan daripada memiliki hati yang mati. Dan penulis berharap dengan penulisannya yang sederhana ini mampu mengikis karat - karat Jahiliah dalam hati. Dan Allah jualah pemberi ilham.
Mustahil manusia akan sentiasa berbuat kebaikan tanpa melakukan maksiat dalam kehidupan seharian kerana hanya nabi Muhammad S.A.W sahaja yang maksum ( bebas daripada dosa ) . Maka apakah peranan manusia yang berdosa ini? Allah berfirman dalam surah At- Tahrim ayat 8 :
وَتُوبُوا إِلَى اللهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.”
Mari saya kongsikan apakah penghulu segala istighfar yang diajarkan oleh nabi kita Muhammad S.A.W :) Jom amalkan ! 
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إلَهَ إلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُك وَأَنَا عَلَى عَهْدِك وَوَعْدِك مَا اسْتَطَعْت أَعُوذُ بِك مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت أَبُوءُ لَك بِنِعْمَتِك عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إلَّا أَنْتَ
(‘Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau’.) Barangsiapa mengucapkannya di pagi hari dalam keadaan meyakininya, lalu ia mati di waktu malamnya, maka ia akan masuk Syurga.”
Walau seluas langit dan bumi dosa yang kita lakukan, seluas alam semesta pengampunan Tuhan buat kita. Apabila Allah 'usik' hati kita, yang gelap akan menjadi cerah, yang hitam akan menjadi putih.
Maka, perhatikan hatimu. Pandanglah sesuatu dengan pandangan mata hati yang celik. Selfie Hati, Teliti Akhlak. Hati - hati dalam menjaga hati !
p/s : Terima Kasih kerana membaca :) Nantikan kisah mengenai hijrah seorang hamba dunia kepada hamba akhirat dalam penulisan saya yang seterusnya. In shaa Allah.